Kubur Gantung

Copy n paste dari http://kampungtellian.blogspot.com/2012/01/kubur-gantung.html

 

   Menurut ketua adat Kampung Tellian, Kudat Bin Meguok, 78 tahun, kepercayaan kubur gantung ini  dibina atas sebab-sebab berlakunya bencana alam di kawasan tersebut. Bencana alam seperti banjir yang sering melanda Kampung Tellian ini, telah menyebabkan penduduk tempatan mengambil inisiatif bagi membina kubur gantung. Hal ini bertujuan untuk menyempurnakan upacara persemadian si mati supaya ia tidak hanyut dibawa arus air. Menurutnya lagi, kebiasaanya kubur gantung ini diperbuat daripada kayu belian yang mempunyai empat tiang dan berukuran 6 kaki dari tanah. Di samping itu, terdapat sumber lain yang  mengatakan bahawa kubur gantung ini, kebanyakkannya mempunyai seekor kucing putih yang duduk diatas kubur tersebut. Ia di percayai sebagai penunggu kubur gantung.
         Selain itu, Marpok Bin Sarbuna iaitu salah seorang daripada kampung Tellian, berpendapat bahawa kubur gantung ini mempunyai bumbung dan dibina tanpa menggunakan tali. Tambahannya pula, kubur ini dibina untuk orang  yang mempunyai penyakit kronik atau digelar sebagai orang peraun. mengikut  penyataan beliau lagi, orang-orang kampung yang terlibat dalam upacara pengebumian ini, mereka perlu melarikan diri ke hutan bagi mengelakkan penyakit si mati berjangkit. Upacara yang diketuai oleh keluarga si mati ini dikehendaki berada dalam hutan tersebut sekurang-kurangya selama  dua atau tiga bulan. Kini, kubur gantung ini tidak lagi diamalkan oleh penduduk Kampung Tellian kerana kemudahan saluran perparitan dikampung tersebut telah dinaiktaraf dan tiada lagi pewaris yang menyambung kepercayaan ini.Image
 
Berikut merupakan gambar kubur tergantung di Kampung Sesok lama (diambil dari http://luvender87.blogspot.com/2010/09/kuburbergantung.html)
 
Image
 
Image
 
Image